Monday, December 26, 2011

MEMBAKAR KALORI DI BATANG KALI???

Kedinginan pagi menerjah peserta-peserta Riyadhah Batang Kali dan dihangatkan semula tubuh badan dengan latihan jasmani serta perlawanan bolasepak diantara pasukan jemputan dengan pasukan tuan rumah Zon Batang Kali. Memang tak disangka kebolehan pasukan tuan rumah yang terdiri dari TYDP, mantap YDP, Timbalan Ketua Cawangan, Ketua Pemuda Cawangan, Penolong Setiausaha Kawasan, Setiausaha Kerja Kawasan beserta Ahli PAS Caw Pekan Batang Kali..begitu sekali mengasak pintu gol pasukan tetamu yang antara lain terdiri dari YDP, Ahli majlis Sazali Norsaham, Penyelia DUN Hulu Bernam dan ahli PAS Cawangan Rasa.

Alhamdulillah semuanya berakhir dengan penambahan kalori menikmati rambutan serta masakan tradisional Warung Selera Padang.Syabas diucapkan kepada Zon Batang Kali.


Saturday, December 24, 2011

PELANCARAN DHPP HULU SELANGOR

18hb.Disember 2011 Ahad yang lalu adalah merupakan satu tarikh bersejarah buat PAS Kawasan Hulu Selangor di atas Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS nya. Majlis yang dirasmikan oleh Sdr Hu Pang Chow Ketua DHPP Pusat, turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Hj Muhamad Idris bin Ahmad, Ahli-ahli Majlis Harun Abdullah, Chan Kalumpang, Sazali Norsaham, Ketua Kampung Kg Hassan, Penyelaras DUN Hulu Bernam Hj Sukor Ali,Pengurus PKM Hulu Bernam Sdr Mohd Shukri Kamaruzaman, Pengarah JPrD Hulu bernam Sdr Yusuf Yaacob, Sdr Letchuman Ketua DHPP Selangor, Sdr Ravi Ketua Pengarah Pilihanraya DHPP Kota Raja, Cik Kumutha Ketua Wanita DHPP Pusat, Che Oum binti Ali Ketua LPN DMPN Sel dan Kawasan H Sel dan Sdr Song AJK DHPP Pusat dan Negeri Selangor.



Ketua DHPP Kawasan Hulu Selangor yang baru disandang adalah Saudara Rajakumar.





Kehadiran yang begitu ramai pada majlis Hi Tea ini adalah sebagai satu petanda baik buat Pakatan Rakyat Hulu selangor ini khususnya dan di Selangor umumnya. Syabas diucapkan kepada Ketua DHPP Hulu Selangor dan Selamat melaksanakan tanggungjawab yang murni demi keadilan, kebajikan dan keharmonian bersama.

Monday, December 19, 2011

KONVOI PEMUDA DI SG BUAYA

Pelbagai motorsikal ada yang berkuasa besar hingga ke taraf kapchai milik anak-anak muda Sg Buaya dengan bangga mengelilingi Bandar Sg Buaya dengan mengibarkan bendera PAS kebanggaan mereka terpacak di belakang motor. Penduduk-penduduk di sekitar Sg Buaya pagi itu agak terkejut bercampur gembira melihat telatah anak-anak muda ini berlegar-legar dengan bangganya menyampaikan mesej kami mahu PAS yang akan menggantikan UMNO yang tak boleh diharapkan lagi. Program yang di selang selikan dengan penyampaian bantuan kepada anak yatim, ibu tunggal dan yang memerlukan meliputii semua kawasan zon Bandar Sg Buaya bermula dari Kg Koskan sehingga ke Kg Felda Sg Buaya. 17hbDisember Ahad yang lalu adalah satu sejarah yang diukir di tanah bumi Sg Buaya bahwa motor berkuasa besar yang membawa bendera keramat PAS ini sebagai simbolik PAS kini berada di hati anak-anak Melayu yang akan mengambil alih teraju negara InsyaAllah.





Takbiir!!

Wednesday, December 14, 2011

Alangkah Eloknya Sungai Kita Sejernih Air Sungai di Hulu Selangor ini

Membawa anak-anak mandi ke salah satu port sungai-sungai di Hulu Selangor sangat mendamaikan dan menyenangkan. Alangkah eloknya sekiranya kejernihan sungai ini dapat dikekalkan sehingga ke kuala unruk dinikmati oleh rakyat seluruhnya




Seorang pemimpin yang baik adalah laksana sungai yang bersih dan jernih. Manakala pemimpin yang korup adalah laksana sungai yang kotor. Fikir-fikirkanlah kita bersama....

Monday, December 12, 2011

Riyadhah Memulih Badan Ke Posisi Sedia



Kesibukan menggerakkan jamaah kadangkala melupakan empunya diri tentang kesihatan diri sendiri. Mendedahkan diri di tengah masyarakat dalam usaha memimpin mereka ke arah Islam memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Pengorbanan yang diberikan kadang kala mengorbankan diri sendiri termasuk menerima pelbagai penyakit antara yang utama sakit jantung, ghout, perut ke depan dan kurang tidur. Riyadhah mengembalikan badan ke posisi normal sekurang-kurangnya memberi isyarat kepada kita kawasan mana di badan kita yang lemah dan senang kita merawatnya agar kembali kepada normal. Ayuh teman dan sahabat kita beriyadhah.. wajibkan diri untuk turun !!!


Wednesday, December 7, 2011

WASPADA!! INI BUKAN DONGENGAN. BANGUN DAN BUKA MATA . ANCAMAN TERBESAR!

UMNO BN tergamak melakukan semua kerja-kerja kotor ini. Ini benar-benar berlaku.Bukan khayalan. Suatu skandal pengkhianatan terhadap keselamatan negara semata-mata untuk berkuasa semula.






Semua PACA bersiap sedia menggempur hantu "71" ini.

Saturday, December 3, 2011

SUMBANGAN YANG WALAUPUN KECIL TAPI SANGAT BERMAKNA

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam pada hari Sabtu 3hbDisember2011 yang lalu berjaya mengadakan satu pameran IKS di kalangan pengusaha-pengusaha Skim Mikro Kredit bagi Cawangan Hulu Bernam yang bertempat di dataran Felda Soeharto. Program yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor turut dihadiri oleh Penyelia DUN Hulu Bernam Hj Sukor bin Ali, YDP PAS Kawasan Hj Muhamad Idris bin Ahmad, Ahli majlis Hj Abdul Wahid bin Basri dan Ketua Kampung Tuan Rufaei bin Waris.Melihat wajah pengusaha-pengusaha yang rata-rata terdiri dari kalangan wanita yang berusaha menyara hidup mereka dengan tulang empat kerat bermodalkan wang Kerajaan Negeri Selangor.



Walaupun sumbangan ini kerdil tetapi pada pengusaha-pengusaha ini jelas terbayang di wajah mereka pengharapan yang tinggi untuk berjaya di dalam bidang perniagaan yang diceburi dengan modal yang ada. Ya Allah Engkaulah Tuhan Yang Memberi Rezeki. Bukakanlah pintu-pintu rezekiMu kepada Hamba-hambaMu yang ikhlas.

Pakatan Rakyat Semakin Kuat Di Hulu Selangor

2hb Disember 2011 Jumaat
Sebaik saja solat maghrib selesai Hujan turun begitu lebat mencurah-curah membasahi bumi Hulu Yam di DUN Batang Kali Parlimen Hulu Selangor. Penulis bergegas ke tapak Majlis Makan Malam tersebut yang dianjurkan oleh Ranting PKR Hulu Yam. Dengan berpayungkan sun shade screen (kerana payung tidak diketemukan) penulis meredah hujan menuju ke khemah gergasi yang membumbungi program makan malam ini. Tetamu yang hadir melaut ramainya walaupun cuaca yang begitu lebat hujannya. UMNO BN patut meneropong kehadiran ini. Sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat jangan diperkecilkan.
Rakyat tidak termakan dakyah yang disemaikan ke dalam pemikiran mereka. Rakyat dapat menilai dakyah negatif yang cuba disemaikan oleh UMNO BN. Terang lagi bersuloh rakyat bosan dengan kaedah kewartawanan yang bertaraf kelas dunia ketiga. Rakyat tidak dapat menerima usaha UMNO BN yang cuba mewarnakan persepsi rakyat dengan persepsi yang negatif. Hasilnya dapat dilihat pada program makan malam ini.Rakyat tak termakan racun tersebut.



UMNO BN TAKUTILAH HARI-HARI TERAKHIRMU. IANYA AKAN MENJADI IGAUAN NGERI YANG AKAN MENGEKORIMU.. OLEH KERANA ITU MASA UNTUK BERTAUBAT..BERTAUBATLAH.

Sunday, November 27, 2011

BERHATI-HATI BERCUTI DI HULU SELANGOR MUSIM HUJAN NI

Asslmkm wb. dan salam persahabatan. Meluncur balik dari Selayang semalam penulis terserempak pemandangan yang menyedihkan. Beberapa buah kereta yang diletakkan di susur Sungai Sendat berdekatan Rock Resort dinaiki air sungai yang tiba-tiba saja paras airnya meningkat akibat hujan lebat petang tadi. Kepada mereka-mereka yang ingin mengambil percutian di Hulu Selangor atau di tempat-tempat yang kedapatan sungai dinasihatkan berhati-hat. Letak kereta di tempat tinggi dan jangan biarkan anak-anak mandi di sungai tanpa pengawasan kerana hujan di hulu sungai boleh membawa air yang besar secara tiba-tiba bersama batang kayu dan sampah sarap.



Sekadar peringatan. Sediakan laluan selamat sebelum hujan.

Saturday, November 19, 2011

LAMAN WEB PAS HULU SELANGOR2 BERNAFAS BARU

Asslamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya ingin merakamkan rasa bersyukur lagi gembira kerana Lajnah IT PAS Kawasan Hulu Selangor di bawah kepimpinan yang baru Cikgu Syed berjaya menghidupkan semula Laman Web PAS Kawasan Hulu Selangor versi 2. Semoga ianya benar-benar dapat dimanfaatkan sebagai platform Ahli-ahli PAS Kawasan untuk berinteraksi, menyalurkan maklumat serta dapat melaksanakan watawasau bil Haqq watawasau bissabri dikalangan kita semua.

Tahniah sekali Cikgu

Tuesday, July 5, 2011

HANYA 12KM TAPI PERJALANAN MAKAN MASA SEJAM

Dahulunya jalan pintas ke Slim River buat peneroka-peneroka FELDA Gedangsa, Soeharto yang ingin ke Hospital Slim River hanya memakan 15 ke 20 minit. Tetapi sekarang ini jalan ini seperti ditinggalkan. Peneroka-peneroka ambil jalan jauh turun ke Sg Selisik dan ambil jalan besar untuk ke Hospital. Tak siapa peduli. Alangkah baiknya kalau jalan ini diperbaiki untuk kemanfaatan semua. Sesuatu harus dilakukan untuk memulihkannya. Siapa? Siapa?



Friday, July 1, 2011

BERITA BAIK UNTUK PENEROKA FELDA DAN GENERASI KEDUA

Lawatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ke Hulu Selangor pada 1hb Julai 2011 Jumaat telah berakhir. Lawatan singkat MB ke Gugusan Felda telah meninggalkan senyuman dan pengharapan kepada peneroka-peneroka Felda dan Generasi Ke 2 di sini khususnya Felda Sg Tengi. Hamba sempat merakamkan ucapan MB yang begitu berhati-hati tetapi menampakkan sikap seorang Pemimpin yang tidak mahu hanya sekadar bercakap omongan kosong dan meninggalkan rakyat dengan janji palsu. MB Khalid bukan pemimpin NATO (No Action Talk Only) tapi beliau LTAB (Less Talk Action Banyak). Ini baru salah seorang pemimpin yang dikeluarkan dari kilang Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sarat dengan pemimpin-pemimpin yang sedia berkorban untuk kepentingan rakyat jelatanya. Masa untuk berubah.


Thursday, June 30, 2011

MENTANG-MENTANGLAH GUDANG DUIT....NO HAL BUAT RUNTUH BUAT RUNTUH

Semasa kereta hamba bergerak meluncuri jalan lebuhraya mini Bukit Tagar.. 3 perkara terlintas di kepala hamba.

Yang pertama bau yang begitu menusuk meliputi persekitaran Tol Bukit Tagar hasil dari tempat pelupusan sampah yang berdekatan. Teringat hamba sessi perbicaraan awam mengenai hendak menjadikan kawasan ini tempat lumba kuda oleh Berjaya Group. Kami membantah dengan menyebut bahwa jika dibuat tempat ini tempat lumba kuda..kuda-kuda akan mati dulu kerana menghirup udara beracun dari tempat pelupusan sampah ini.

Yang kedua isu Kg Bukit Kerandang yang meliputi hampir 1000 ekar yang isu nya semakin reda kerana ditangani oleh Pejabat MB secara bijaksana kerana mendengar rintihan kami..Pakatan Rakyat di sini.

Yang Ketiga adalah sesuatu yang menarik perhatian kami apabila bergerak hampir 1 km dari Tol Bukit Tagar iaitu Bangunan Gudang Duit yang dicadangkan awalnya dibina di kawasan ini. Struktur asasnya dulunya kalau tidak silap ingatan hamba iaitu Kerja-kerja Cerucuk, Pilecap, Tapak telah siap sepenuhnya manakala Sturuktur Bangunan sudah hampir 15% siap Anggaran pebelanjaan kos yang terlibat mencecah sekitar RM40 juta. Tetapi baru-baru ini hamba terperanjat melihat kerja pemusnahan tapak dijalankan.

Beginikah caranya BN mengurus tadbir Wang Rakyat.. tidak ada perancanaan. Duit dihabiskan begitu saja...pembaziran pembaziran.



Monday, June 27, 2011

VIDEO INI MESTI DILIHAT..MESTI!!!!





Maksud Firman Allah di dalam Surah An Nuur:

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat Balasan dari dosa yang dikerjakannya. dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar[1031].

12. mengapa di waktu kamu mendengar berita bohon itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."

13. mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Olah karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi Maka mereka Itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta.

14. Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu.

15. (ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal Dia pada sisi Allah adalah besar.

16. dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini, Maha suci Engkau (ya Tuhan kami), ini adalah Dusta yang besar."

17. Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman.

18. dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

19. Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang Amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.

Friday, June 24, 2011

U ReLa 4 I

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


Kekadang ada unsur gurau dan keseriusan dalam melontarkan tagline2 yang mengarut. Guraunya kerana bunyinya menyebabkan kita tersenyum sinis manakala keseriusannya adalah ianya akan berada lama di minda kita yang menunggu kita faham dan sedar untuk tahap berikutnya marhalah perlaksanaan. Memang begitulah kita ini manusia dan tahap kecerdasan minda kita berbeza-beza. Umumnya kita ini mudah lupa (aii.. macam pernah dengar je tagline ni) jadi dengan lontaran-lontaran kalimat yang sebegini membantu kita mengingat lama dan secara tidak lansung menyebabkan kita lambat lupa.

"U ReLa 4 I" adalah singkatan kepada Ucapan Dasar YDP PAS Kawasan Hulu Selangor di Majlis Penangguhan Mesyuarat Agung 2011, juga di Mesyuarat Pertama AJK PAS Kawasan dan Ucapan Perasmian HimPlaS 2. Bila dihuraikan :

U membawa makna Ukhuwah Islamiah
Re membawa makna Regementasikan Ahli
La membawa makna Pemerkasaan Lajnah,Dewan dan Jabatan-Jabatan
4 membawa makna Fokus Visi dan Misi
I membawa makna Istiqamah.

Rasanya cukup setakat ini akan disambung di lain layaran.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Thursday, June 23, 2011

LAMAN SESAWANG DAN BLOG-BLOG PAS HULU SELANGOR

Asslmkm wb. dan salam perjuangan.
Alhamdulillah nampaknya lelaman sesawang serta blog2 Hulu Selangor telah kembali aktif syabas diucapkan kepada Ketua Lujnah IT PAS Kawasan Hulu Selangor dan AJK2nya.

Kembali Berblog

Asslmkm wb dan Salam Persahabatan.
Dalam masa mengizinkan ini... jari jemari mula menekan papan kekunci komputer untuk berblog semula. Alhamdulillah. Terasa karatnya gear2 otak yang sudah lama tidak dilatih menulis. Insya Allah dalam kesempatan yang ada ingin sekali diperkongsikan idea di ruang maya ini buat teman2 yang mahu menatapinya. Sebagai permulaan semua diminta berdiri....