Saturday, December 3, 2011

SUMBANGAN YANG WALAUPUN KECIL TAPI SANGAT BERMAKNA

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam pada hari Sabtu 3hbDisember2011 yang lalu berjaya mengadakan satu pameran IKS di kalangan pengusaha-pengusaha Skim Mikro Kredit bagi Cawangan Hulu Bernam yang bertempat di dataran Felda Soeharto. Program yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor turut dihadiri oleh Penyelia DUN Hulu Bernam Hj Sukor bin Ali, YDP PAS Kawasan Hj Muhamad Idris bin Ahmad, Ahli majlis Hj Abdul Wahid bin Basri dan Ketua Kampung Tuan Rufaei bin Waris.Melihat wajah pengusaha-pengusaha yang rata-rata terdiri dari kalangan wanita yang berusaha menyara hidup mereka dengan tulang empat kerat bermodalkan wang Kerajaan Negeri Selangor.



Walaupun sumbangan ini kerdil tetapi pada pengusaha-pengusaha ini jelas terbayang di wajah mereka pengharapan yang tinggi untuk berjaya di dalam bidang perniagaan yang diceburi dengan modal yang ada. Ya Allah Engkaulah Tuhan Yang Memberi Rezeki. Bukakanlah pintu-pintu rezekiMu kepada Hamba-hambaMu yang ikhlas.

Pakatan Rakyat Semakin Kuat Di Hulu Selangor

2hb Disember 2011 Jumaat
Sebaik saja solat maghrib selesai Hujan turun begitu lebat mencurah-curah membasahi bumi Hulu Yam di DUN Batang Kali Parlimen Hulu Selangor. Penulis bergegas ke tapak Majlis Makan Malam tersebut yang dianjurkan oleh Ranting PKR Hulu Yam. Dengan berpayungkan sun shade screen (kerana payung tidak diketemukan) penulis meredah hujan menuju ke khemah gergasi yang membumbungi program makan malam ini. Tetamu yang hadir melaut ramainya walaupun cuaca yang begitu lebat hujannya. UMNO BN patut meneropong kehadiran ini. Sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat jangan diperkecilkan.
Rakyat tidak termakan dakyah yang disemaikan ke dalam pemikiran mereka. Rakyat dapat menilai dakyah negatif yang cuba disemaikan oleh UMNO BN. Terang lagi bersuloh rakyat bosan dengan kaedah kewartawanan yang bertaraf kelas dunia ketiga. Rakyat tidak dapat menerima usaha UMNO BN yang cuba mewarnakan persepsi rakyat dengan persepsi yang negatif. Hasilnya dapat dilihat pada program makan malam ini.Rakyat tak termakan racun tersebut.



UMNO BN TAKUTILAH HARI-HARI TERAKHIRMU. IANYA AKAN MENJADI IGAUAN NGERI YANG AKAN MENGEKORIMU.. OLEH KERANA ITU MASA UNTUK BERTAUBAT..BERTAUBATLAH.

Sunday, November 27, 2011

BERHATI-HATI BERCUTI DI HULU SELANGOR MUSIM HUJAN NI

Asslmkm wb. dan salam persahabatan. Meluncur balik dari Selayang semalam penulis terserempak pemandangan yang menyedihkan. Beberapa buah kereta yang diletakkan di susur Sungai Sendat berdekatan Rock Resort dinaiki air sungai yang tiba-tiba saja paras airnya meningkat akibat hujan lebat petang tadi. Kepada mereka-mereka yang ingin mengambil percutian di Hulu Selangor atau di tempat-tempat yang kedapatan sungai dinasihatkan berhati-hat. Letak kereta di tempat tinggi dan jangan biarkan anak-anak mandi di sungai tanpa pengawasan kerana hujan di hulu sungai boleh membawa air yang besar secara tiba-tiba bersama batang kayu dan sampah sarap.



Sekadar peringatan. Sediakan laluan selamat sebelum hujan.