Saturday, August 11, 2012

DATO SEMAKIN JAUH... SEMAKIN JAUH.. SEMAKIN JAUHHHHHH.........!

Baru-baru ni apabila memainkan video lagu rasmi PAS sebagai trial di dalam satu Bengkel PAS yang diadakan kelihatan kelibat sebatang tubuh yang ada beberapa saat di dalam video tersebut yang apabila dilihat oleh peserta bengkel secara spontan seluruh ahli PAS dalam bengkel tersebut membencinya.

Subhanallah... terpaksalah saya mencari video klip alternatif menggantikan video tersebut yang dahulunya itulah video yang seringkali di mainkan di setiap acara-acara program PAS.

Sekiranya kita mengamati video di bawah ini, patutlah seluruh ahli PAS itu tadi memberi reaksi yang sedemikian.

Saya cukup sedih peristiwa ini berlaku di saat saya masih hidup yang akan dicatat sejarah selama-lamanya... bagaimana seorang yang naik masyhur dengan platform PAS disanjung sedemikian rupa kemudian beralih mengambil pusingan U menyerang orang-orang yang menyanjungi beliau dahulu tanpa belas kasihan.

Subhanallah sejarah rupa-rupanya berulang kembali dulu Ustaz Nakhaei dan hari ini Dr Hassan Ali. Sunnatullah akan berulang mengikut hukumnya dan kita akan melihat hukumnya ini akan menyerlah satu satu jika DHA tidak berbuat sesuatu terhadap dirinya.

Itu tuduhan dan prasangka beliau dan orang yang paling layak menjawabnya adalah YB Khalid Samad yang bersama dengan beliau sepanjang kepimpinan DHA menerajui PAS Selangor.

Beranikanlah diri mendengarkanlah penjelasannya ini.



Buat rakan-rakan yang sedia rela membukakan hati nubarinya untuk mendengar kebenaran sila hayati penjelasan tambahan yang berikut di bawah ini... jangan takut sila beranikan diri meng'click' pautan ini. Itupun kalau berani..

Penjelasan 1

Penjelasan 2

Penjelasan 3

Penjelasan 4

Friday, August 10, 2012

POLITIK TAHUN BERAPA PUNYA NI....!! BERTAMADUNLAH SIKIT...

Walaupun kita tak berapa suka tengok orang lain mendahului kita... tapi asas kehidupan ini adalah hormat. Hormat hak orang lain di dalam melakukan sesuatu yang di dalam batas-batas perundangan.

Siapa punya kerja ni mengoyakkan kain rentang orang lain. Kalau rasa tergugat naikkanlah awak punya di sebelah yang ada bukannya memusnahkan orang lain punya. Mengikut pentakrifan 'hasad dengki' inilah dia berasa gembira dengan kemusnahan orang lain.

Kain rentang ni milik PKR sudah tentu yang mengoyakkannya seteru kepada PKR itu logiknya.

Bagaimana pulak orang biasa melihat situasi sebegini. Sudah tentu di dalam hati mereka terjurus kepada kerja-kerja Sang Seteru. Ada yang akan memikirkan sipulan ni yang melakukannya, manakala yang lain memikirkan sudah tentu kerja sipulan ini. Walau apapun jua konteknya orang akan berkata "Tak patut buat begini, tak gentleman lansung.." Kesannya vice versa.

Marilah kita mendewasakan diri, bertamaddunlah sikit dan janganlah  meng'gostan'kan tingkah laku kita mundur ke belakang. Berfikiran positif dan terbuka. Binalah medan kehidupan yang lebih baik menuju aras yang lebih tinggi dari sehari ke sehari.