Thursday, October 4, 2012

LAWATAN PAS CAW GEDANGSA K KELANTAN

Pas Cawangan Gedangsa dan PAS Kawasan Hulu Selangor menyumbang kepada Lebuhraya Rakyat Kelantan sebanyak RM 21.4K pada 1hb Oktober yang lalu. Takbir!

Friday, September 14, 2012

ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN

Sajak ini ditujukan kepada empunya diri dan seluruh sahabat-sahabat seperjuangan:

Tatkala kita hanya segumpal janin… sembilan bulan.. dalam rahim ibu
Debar bukan kepalang… saat saat penantian… melihat wajah Dunia .. ibu dan bapa
Tanggal keramat kelahiran.. didengari Azan buat pertama kali.. di kanan
Iqamat di kiri.. menyapa kita.. Oh Dunia yang penuh warna.

Anggota tubuh lemah pasrah menumbuh bina kekuatan.. dari susu bonda
Debar bukan kepalang.. menanti saat saatnya boleh bertatih..
Tak Teh… Tak Teh.. tubuh kecil berdiri mengimbangkan badan.. berjalan..
Kemudian… berlari.. wah indahnya.. mendewasakan diri dalam kebebasan.

Asuhan dalam naungan bapa dan bonda.. meniti satu-satu tangga ujian.. membawa ke puncak
Debarnya bukan kepalang.. saat saat dinobat segulung kertas.. dalam majlis konvo penuh gemilang
Suatu Pas.. untuk menapak ke alam kerja.. mengenali makna rezeki.. ketentuan Ilahi
Berkeringat bina kekuatan.. dibajai Istiqamah.. berdikari..
kejayaan sikit-sikit mula menyinari.. diufuk para satria dan serikandi.

Cinta lambat launnya mula berputik… juga ketentuan Ilahi
Debar bukan kepalang… saat saat melepasi ’aqadnya.. genggaman erat bapa mertua
“Aku terima nikahnya.. “ dan kini bergelar.. suami.. isteri.. melalui liku bahtera keluarga
Berjanji setia di atas perjuangan Islam.. kuddus.. tulus dan mulus
Beranak pinak.. menyusuri zaman penuh pancaroba.
Di atas kapal bernakhoda.. ‘ulama pewaris nabi.

Sejernih dan sesuci limpahan matair.. dingin terbit di tanah tinggi
Begitulah jua nan kuddusnya hati sanubari ulama pejuang sejati.. bersih.. damai.. penuh inspirasi
Alhamdulillah..
Kita bukannya dari kalangan pencaci… tapi adalah dari mereka yang mengasihi..
Debar bukan kepalang.. saat saat teruja menatap wajah-wajah syahdu..
Tuan-Tuan Guru.. Para Pemimpin Mujahidin… para Wali Allah..
Satria Perajurit ikhlas sejati.. Anak-Anak Muda berjiwa Syuhada’..
yang tak kenal erti jerih.. dalam perjuangan
Orang-orang yang Engkau beri Ni’mat dan bukan orang yang dimurkai lagi sesat

Jadilah.. di Dunia ini mereka.. kita jadikan teman..
Siapalah kita untuk dapat memimpikan wajah RasulNya yang mulia.. terasa jauhnya bersangatan

Detik detik berlalu memamah Usia.. hari silih berganti hari.. tempoh hayat pula kan kunjung tiba..
Debaran.. calang bukan kepalang… detik detik bakal dikunjungi.. Izrail.. teman tak dikenali
Saat saat kedinginan.. saat saat kesakitan.. tepat waktu janjinya... dia kan tiba
Susuk wajahnya.. bagaimana..? Yang di kata dapat memadamkan suka..
bagaimana dia melaksana.. memisahkan roh dari tubuh ..
sakit?.. perit?.. kan bakal ditempuh…
pengalaman.. yang bukan calang calang.. tak bisa dibilang..
Yang pergi.. takkan kembali.. untuk dapat diceritakongsi.

Tinggallah jasad longlai terkapai.. bila roh sudah berpisah.. bebas.. ke alam baharu
Jasad dimandikan.. dikafan dan disembahyangkan.. lalu ke kubur segera disemadikan,
Debarnya bukan kepalang.. saat saat teman lain kita yang tak dikenali.. Mungkar dan Nakir datang bertandang
Mereka kan lontarkan soalan.. jawapan yang lancar… tulus ikhlas bakal dinantikan
Ini penentuan… hakikat kejayaan atau kegagalan… disuatu persimpangan
Malang alangkah malang.. bukan calang kepalang
bila lidah kelu.. tidak tahu.. kaku.. terasa berat membisu
Tapi..
Gembira alangkah bukan kepalang kegembiraan.. alhamdulillah.. bila mudah lancar.. setiap jawapan
Maka selepas ini.. terungkaplah tirai misteri suatu kehidupan yang baru.. lagi abadi.

Roh kecundang dipenjarakan.. tempat yang gelap gulita penuh sengsara
roh suci mulia.. di persilakan ke suatu persinggahan.. ikut taqwa dan kehampiran
Tempat menantinya hari hari

Ikut! wahai roh yang diredai
Debarnya bukan kepalang.. saat saat roh kita diangkat naik.. ke persemadian sementara
Aras yang mana satu dituju
Tiba-tiba...
Malaikat sayapnya dlabuhkan berhenti.. di suatu aras
dan….
menerpa ketika itu Suatu haruman semerbak.. wangian yang mengasyikkan…
Warna warni indah.. cantik.. bersih.. tak terungkap kata.. Calang bukan kepalang… akan ketakjuban dan kehebatan
Saujana tiada berufuk
Di sekeliling kelihatan.. penghuninya Para Nabi, para Rasul.. Sahabat Nabi.. Ansarullah.. Imam dan Ulama.
Para Syuhada… para Auliya’ Allah…. Subhanallah.. Rasulullah s.a.w !! ini aras utama
Kan menitis airmata kegembiraaan.. tidak sia-sia sekian zaman.. segala perjuangan.. rintangan dan dugaan.

Ayuh wahai teman, taulan… anak muda
Istiqamahkanlah diri dalam Perjuangan.
Takbir!!!

Hasil Nukilan; hasbiirabbii
http://hasbiirabbii.blogspot.com

Tuesday, September 4, 2012

ARITHMATIK MUDAH - MEMAHAMI TAHALUF SIYASI

DUN SELANGOR - 56 KERUSI

PAKATAN RAKYAT - 34 BARISAN NASIONAL - 22


PAS 7

PKR 14

DAP 13



UMNO 19

MCA 2

BEBAS 1

APA JADI KALAU PAS LONCAT KE BARISAN NASIONAL Na'uzu billahi min zalik?

PAKATAN RAKYAT - 27 BARISAN NASIONAL - 29
PKR 14

DAP 13





UMNO 19

MCA 2

BEBAS 1

PAS 7

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TUMBANG!!!
KENAPA PAS TAK LONCAT WALAUPUN DITAWARKAN KERUSI MENTERI BESAR??

FIKIR FIKIRKAN

Jadi adakah PAS ditunggangi oleh siapa2...?? TIDAK!!!

PAS ada kuasa penentu... PAS memang ada kuasa penentu.. Jadi tidak timbul PAS ditunggangi oleh siapa2.

Kawan-kawan dari PKR dan DAP... jangan lupa pengorbanan dan kesetiakawanan PAS dalam Pakatan Rakyat ini.. walaupun Menteri Besarnya diserahkan kepada PKR
Suatu pengajian dalam Bab Tahaluf Siyasi..

JOM DENGAR UCAPAN YB DATUK MOHD AMAR NIK ABDULLAH
Menghiburkan dan Banyak Pengajaran

Tuesday, August 21, 2012

DAP Kafir Harbi...? Kenapa meninggalkan Rakyat di dalam Kekeliruan.

Kenyataan penuh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali

Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.

DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata. Oleh itu, DAP merupakan warga negara Malaysia yang taat.

Melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Dalam konteks hubungan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Malah ikatan janji antara PAS dan DAP ialah untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan pengurusan negara, menentang kezaliman polisi-polisi pemerintahan negara, mempertahankan perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Oleh itu, menyokong calon-calon pilihan raya DAP di kalangan bukan Islam yang bersepakat mengikat janji dengan Parti Islam Se-Malaysia dalam PRU13 nanti adalah tidak haram, malah ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar’iyyah yang bermatlamat menolak dan menentang sebarang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan menegakkan kebenaran.

Pakatan Rakyat telah bersepakat dan berjanji setia untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia khususnya dalam 4 perkara, antaranya Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-raja Melayu, hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Oleh itu, pakatan antara PAS, DAP dan PKR ini menepati dan selaras dengan tuntutan Islam yang menganjurkan sebarang kerjasama atas dasar kebajikan dan taqwa.

Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat


Saifuddin Nasution: Pakatan Rakyat Convention 2010


Masa Untuk Berubah

Sunday, August 19, 2012

PAS DAN SYIAH - SUATU PENJELASAN

Tidak ramai di dalam PAS yang mahu berani meniti batas menyuarakan permasalahan ini. Natijahnya ahli berada di dalam persimpangan dan keliru. Serangan dari luar datang bertubi-tubi. Saya fikir sikap mendiamkan diri tidak banyak menyelesaikan masalah. Biarlah saya cuba dengan berhati-hati membuat pencerahan semampu saya Insya Allah dan sekiranya saya tersilap tolong perbetulkan saya.

Keindahan PAS inilah dia menyediakan sebuah ruang untuk semua orang menyertainya. Ianya sebuah Parti Politik dan juga sebuah Jamaah Islamiah. Ada yang menyertainya sekadar politiknya saja, dan sesempurnanya ada yang menyertainya lebih dari sekadar Parti Politik tetapi juga sebagai sebuah Harakah Islamiah. Dengan sekeping borang yang diisi oleh seseorang yang mempunyai syarat berikut boleh melayakkan dirinya menjadi ahli PAS:

  • 1. Warganegara Malaysia

  • 2. Beragama Islam

  • 3. ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’

4. Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa. (Fasal 11)

Tidak disebutpun syaratnya beliau seharusnya ber’aqidah sunnah wal jamaah atau ditolak keahliannya sekiranya beliau penganut Syiah.

Maka benar sepertimana yang disebutkan oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Ketua Pemuda PAS Pusat mereka (golongan Syiah) ini boleh menyertai PAS dan pada setiap Borang Keahlian akan ada seorang Pencadang dan seorang Penyokong yang akan menyokong permohonan tersebut.

Setelah seseorang itu menjadi Ahli maka dia mempunyai Hak-Hak sebagai Ahli PAS dan dia perlu menunaikan Kewajipan-Kewajipan sebagai seorang Ahli PAS. (Fasal 16)

Tetapi jangan lupa:

Di dalam Fasal 7 Hukum dan Kekuasaan dinyatakan dengan jelas bahwa: 1. Adapun Hukum yang tertinggi sekali dalam PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada Hukum yang tertinggi itu.
Manakala Kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Dan tidak boleh dilupakan bagi menjamin Kekuasaan PAS ini tidak terkeluar (diulangi tidak terkeluar) daripada kehendak-kehendak Fasal 7 (1.) di atas itu tadi serta tidak berlawanan (diulangi tidak berlawanan) dengan Dasar PAS dalam Fasal 3 iaitu Islam maka Majlis Syura ‘Ulamak telah ditubuhkan. Majlis Syura ‘Ulamak ini terkandung di dalamnya tidak lebih 17 orang yang terdiri dari seorang Mursyidul ‘Am, seorang Timbalan Mursyidul ‘Am, seorang Setiausaha dan tidak lebih dari Empat Belas orang Ahli Majlis Syura ‘Ulamak. (Fasal 8 (2))

Manakala seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura ‘Ulama itu hendaklah seorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya. Beliau juga samada atau ataupun dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar. Beliau hendaklah seorang yang ‘adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah di kalangan ahli PAS. (Fasal 8 (3))

Jadi ini bentengnya 4 perkara:

  • 1. Hukum Tertinggi – Al Quran, As Sunnah, Ijmak ‘Ulama dan Qias (Fasal 7 (1.))

  • 2. Kekuasaan PAS- Muktamar Tahunan (Fasal 7 (1.))

  • 3. Dasar PAS- Islam (Fasal 3)

  • 4. Majlis Syura ‘Ulama (Fasal 8(1))

Seorang ahli PAS itu pula boleh dipecat apabila terbukti (diulangi apabila terbukti) (Fasal 15 (3)(a))

    1. Ianya telah melanggar:

    • a. Perlembagaan PAS,

    • b. Aturan dan Peraturan serta arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti

    2. Ianya telah melakukan sebarang perbuatan yang berlawanan dengan kepentingan Parti atau menyalahi tatatertib Parti.

Jadi setelah panjang lebar menghuraikan permasalahan ini di sebalik keterbukaan PAS menerima keahlian dari mereka yang menepati syarat-syaratnya, PAS juga menyediakan benteng-bentengnya yang tersendiri bagi mengawasi perjalanan gerakerja Parti agar tidak tersasar jauh dari landasan yang ditetapkan oleh Allah swt.

Sudah sekian lama PAS sudah bertapak di bumi Malaysia ini bukan kepalang umurnya menjangkau 61 tahun semenjak penubuhannya pada 24hb November 1951 sehingga sekarang. Pahit manis perjuangan, tribulasi, fitnah dan sebutkan saja apa jenis dugaan yang tak pernah dilalui PAS… semuanya dah dilaluinya dan PAS dari hari sehari bukannya semakin lemah tetapi semakin kuat dan dihormati.

Pimpinan datang dan pergi bermula dalam PAS ini dengan perginya Hj Ahmad Fuad bin Hassan Yang Dipertua Agung yang pertama meninggalkan PAS pada tahun 1953 menyertai Dato’ Onn, diikuti pula oleh Presidennya yang keempat yang paling lama menjadi Presiden iaitu Tan Sri Mohd Asri bin Hj Muda selama 27 tahun juga akhirnya meninggalkan PAS pada tahun 1982 menyertai UMNO. Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad Naib Preiden PAS juga meninggalkan PAS pada tahun 1989 menyertai UMNO dan yang terakhir Dato’ Hassan bin Ali mantan Naib Presiden dan Pesuruhjaya Selangor yang dipecat pada Januari 2012. Ramai lagi di peringkat bawahan yang meninggalkan PAS ataupun disingkirkan kerana benteng yang ada di dalam Parti PAS ini sehingga individu-individu tersebut terbukti melakukannya dan selayaknya diambil tindakan.

Tuduhan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Abang Mat Sabu bahwa beliau adalah penganut Syiah telahpun beliau jelaskan sebelum ini namun jawapan beliau itu tidak memuaskan hati banyak pihak. Maka sepatutnya diminta dari yang menuduh membawa bukti akan pertuduhan mereka tersebut tetapi bukti pertuduhan-pertuduhan itu semuanya berbentuk ‘hearsay’ bersifat cakap-cakap yang tidak boleh di terima pakai dalam mahkamah keadilan. Oleh kerana itu bagaimana pimpinan PAS mahu melayan fitnah seperti ini. Abang Mat ini pula membesar dalam PAS sejak dari akar umbi lagi ahli-ahli PAS melihat setiap amalan hariannya khususnya termasuk solatnya. Sepanjang sekian lama Abang Mat memimpin tidak ada apa yang mencurigakan mereka untuk mereka tidak memberikan ketaatan. Sekiranya jelas perbuatan beliau itu bercanggah dengan amalan Ahlu Sunnah Wal Jama’ah sudah lama awal-awal lagi isu ini meletup dan sudah tentu beliau tidak akan naik ke peringkat tertinggi Parti setinggi ini kerana benteng yang ada dalam PAS ini. Orang mungkin boleh menyebut ‘taqqiyyah’ sheikh…. Oh begitu.. kalau begitu sungguh hebat lakonan taqqiyyah yang disembunyikan oleh Abang Mat ni sehingga tak dapat dihidu oleh Pimpinan Parti dan Majlis Syura ‘Ulama bertahun-tahun lamanya.

Memang tidak dapat dinafikan Abang Mat begitu menyanjungi beberapa pimpinan Iran seperti Ayatullah Ruhollah Khomeini, Ayatullah Hasan Nasrallah dan Dr Ali Shariati. Dan mereka ini dengan jelas mengkritik isteri Rasulullah saw dan beberapa para sahabat r.a. Tetapi ini tidak bererti Abang Mat menyetujui sikap sebegini kerana tidak pernah ahli PAS mendengar Abang Mat mengkritik isteri Rasulullah saw dan para sahabat r.a na’uzubillahi min zalik. Tidak ada. Tidak ada rakaman yang menunjukkan Abang Mat mempunyai pegangan Rukun Islam seperti Rukun Islam Syiah di mana Rukun Dua Kalimah Syahadah digantikan dengan Rukun Al Wilayah. Tidak ada. Tidak ada gambar atau video yang menunjukkan Abang Mat sembahyang mengikut Mazhab Syiah dengan menggunakan batu Karbala untuk tempat bersujud. Tidak ada. Tidak ada rakaman yang menunjukkan Abang Mat menyokong tindakan Rejim Syiah Syria yang membunuh umat Islam Sunni sepertimana yang ditunjukkan oleh Iran. Tidak ada. Tidak pernah ada bukti Abang Mat mengazankan untuk mana-mana Solat fardhu sepertimana Azan Syiah yang menyelitkan Asyhaduanna ‘Ali Waliyullah. Tidak ada. Jadi bagaimana Pimpinan Pusat, Majlis Syura Ulama, Ahli PAS mahu dan dapat mensabitkan hukuman terhadap Abang Mat. Benteng yang dibina oleh PAS ini cukup ampuh untuk mana-mana individu dapat melepasi kubu ini dan ia telah terbukti sepanjang 61 tahun ini. Alhamdulillah.

Jadi persoalannya apakah niat golongan-golongan tertentu ini begitu bersungguh-sungguh menimbulkan isu ini? Apakah tujuan pihak-pihak ini menimbulkan keraguan terhadap Parti Islam SeMalaysia? Kenapa mereka beriya-iya benar memberikan peluru kepada musuh-musuh Parti Islam SeMalaysia ini?

Monday, August 13, 2012

KERANA NILA SANTAN BINASA... TERLAJAK KATA BURUK AKIBATNYA

Salah seorang penceramah yang sangat suka saya mendengar ceramahnya ialah Ustaz Hj Nasaruddin bin Hj Daud. Ceramahnya sentiasa segar dan bertenaga. Marilah kita amati ceramah beliau ini.

Setelah mengamati ilmu yang telah dicurahkan beliau sekarang perhatikan beberapa jenis manusia yang tidak mengendahkan lansung batas-batas hukum Allah ini.

Sunday, August 12, 2012

APA BEZA PAS TUNGGANGAN DAP DAN PAS TUNGGANGAN DHA....?

PAS TUNGGANGAN DAP

Kata Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari baru-baru ini dalam wawancara dengan Malaysiakini

"Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini."

"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara."

"Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka. Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia,"

"Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan."

"Bagaimanapun, tidak seperti ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, ketika ini rata-rata pemimpin DAP – seperti Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan ketua parlimennya Lim Kit Siang – semakin memahami isu hudud."

"Maknanya, dia (Guan Eng dan Kit Siang) tak boleh nak kata tak boleh (laksana hudud). Sebab dia semakin faham. Dia menerima satu hakikat bahawa, kita tak takut sangat kalau hudud ini (dilaksana). Ia (hanya merangkumi) dua tiga hal sahaja hukum yang ditetapkan oleh Tuhan,"

PAS TUNGGANGAN DHA