Saturday, August 11, 2012

DATO SEMAKIN JAUH... SEMAKIN JAUH.. SEMAKIN JAUHHHHHH.........!

Baru-baru ni apabila memainkan video lagu rasmi PAS sebagai trial di dalam satu Bengkel PAS yang diadakan kelihatan kelibat sebatang tubuh yang ada beberapa saat di dalam video tersebut yang apabila dilihat oleh peserta bengkel secara spontan seluruh ahli PAS dalam bengkel tersebut membencinya.

Subhanallah... terpaksalah saya mencari video klip alternatif menggantikan video tersebut yang dahulunya itulah video yang seringkali di mainkan di setiap acara-acara program PAS.

Sekiranya kita mengamati video di bawah ini, patutlah seluruh ahli PAS itu tadi memberi reaksi yang sedemikian.

Saya cukup sedih peristiwa ini berlaku di saat saya masih hidup yang akan dicatat sejarah selama-lamanya... bagaimana seorang yang naik masyhur dengan platform PAS disanjung sedemikian rupa kemudian beralih mengambil pusingan U menyerang orang-orang yang menyanjungi beliau dahulu tanpa belas kasihan.

Subhanallah sejarah rupa-rupanya berulang kembali dulu Ustaz Nakhaei dan hari ini Dr Hassan Ali. Sunnatullah akan berulang mengikut hukumnya dan kita akan melihat hukumnya ini akan menyerlah satu satu jika DHA tidak berbuat sesuatu terhadap dirinya.

Itu tuduhan dan prasangka beliau dan orang yang paling layak menjawabnya adalah YB Khalid Samad yang bersama dengan beliau sepanjang kepimpinan DHA menerajui PAS Selangor.

Beranikanlah diri mendengarkanlah penjelasannya ini.



Buat rakan-rakan yang sedia rela membukakan hati nubarinya untuk mendengar kebenaran sila hayati penjelasan tambahan yang berikut di bawah ini... jangan takut sila beranikan diri meng'click' pautan ini. Itupun kalau berani..

Penjelasan 1

Penjelasan 2

Penjelasan 3

Penjelasan 4

Friday, August 10, 2012

POLITIK TAHUN BERAPA PUNYA NI....!! BERTAMADUNLAH SIKIT...

Walaupun kita tak berapa suka tengok orang lain mendahului kita... tapi asas kehidupan ini adalah hormat. Hormat hak orang lain di dalam melakukan sesuatu yang di dalam batas-batas perundangan.

Siapa punya kerja ni mengoyakkan kain rentang orang lain. Kalau rasa tergugat naikkanlah awak punya di sebelah yang ada bukannya memusnahkan orang lain punya. Mengikut pentakrifan 'hasad dengki' inilah dia berasa gembira dengan kemusnahan orang lain.

Kain rentang ni milik PKR sudah tentu yang mengoyakkannya seteru kepada PKR itu logiknya.

Bagaimana pulak orang biasa melihat situasi sebegini. Sudah tentu di dalam hati mereka terjurus kepada kerja-kerja Sang Seteru. Ada yang akan memikirkan sipulan ni yang melakukannya, manakala yang lain memikirkan sudah tentu kerja sipulan ini. Walau apapun jua konteknya orang akan berkata "Tak patut buat begini, tak gentleman lansung.." Kesannya vice versa.

Marilah kita mendewasakan diri, bertamaddunlah sikit dan janganlah  meng'gostan'kan tingkah laku kita mundur ke belakang. Berfikiran positif dan terbuka. Binalah medan kehidupan yang lebih baik menuju aras yang lebih tinggi dari sehari ke sehari.

Wednesday, May 9, 2012

BANJIR TERBURUK BATANG KALI 7hbMei2012

 Gambar ini diambil di hadapan Kilang Heveafil berdekatan Taman Cahaya
 Yang ini banjir yang menutupi Jalan Rasa - Bukit Beruntung
 Banjir di sekitar Kampung Sentosa Batang Kali
 Pak Ali, Hj Mustafa (Ketua Caw Gedangsa) dan Ustaz Khairuzaman menghulurkan bantuan di SK Batang Kali
 Banjir lumpur lihat paras aras air di dinding sekolah
 Inilah rata-rata pemandangan selepas banjir yang kelihatan di sekitar Batang Kali.. kemusnahan
 Hj Aezman, Ustaz, Borhan (Pengarah PASTI) dan Saufi (Ketua Caw Kiambangsari).. perihatin
Tidak ketinggalan Ahli Majlis TYDP Naharuddin bersama Nazir Masjid Sg Buaya Wan Khairul memberi bantuan kemanusiaan

Di tempat lain Unit Amal PAS Kaw Hulu Selangor berkhidmat di Kg Sekolah, Unit Amal Negeri berkhidmat di Masjid Batang Kali. Banjir meliputi ke rumah mantan YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Hj Abdul Wahid Basri di sekitar Kg Sekolah. Siapa dapat menduga ini berlaku secara tidak lansung menjadikan Kawasan Batang Kali kawasan merah setiap kali hujan lebat turun seperti yang melanda Kg Baru di Kuala Lumpur. Sesuatu harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Yang jelas Sungai Selangor perlu dilebarkan dan di dalamkan untuk menampung limpahan air dari Sungai Batang kali ini.

Kepada semua yang membantu hanya Allah yang akan membalasnya.
 

Monday, April 30, 2012

AKU KEMBALI BERPUISI………………………………….


KENAPA TIBA-TIBA AMATAN MATAKU MENGHERET BENCI PADA SUSUK2 TUBUH BERBAJU PUTIH BERSELUAR HITAM
KENAPA TIBA-TIBA PERASAANKU TERASA TERAMAT SEDIH BERBAUR GERAM PADA MEREKA YANG BERUNIFORM BIRU GELAP
YA WALAUPUN BAPAKU SEORANG POLIS MARIN …. HERO NEGARA DI LAUTAN SAMUDERA
PAMANKU PULA SARJAN GAGAH DALAM FRU
ABANGKU SEORANG PEGAWAI DI CAWANGAN KHAS…  ADIKKU PULA  INSPEKTOR  DI  KONTIJEN KUALA LUMPUR
SEPUPUKU ASP DI BUKIT AMAN SUAMINYA PEGAWAI POLIS ENTAH APA PANGKATNYA LEBIH TINGGI  DARI ISTERINYA
BANGGA MEREKA  DINOBATKAN SEBAGAI  PAYUNG-PAYUNG  KESELAMATAN NEGARA
ABANG MERTUAKU TRAFIK ….. ANAK-ANAK  SAUDARAKU BERPANGKAT SARJAN, KOPRAL DAN KONSTABEL….
KELUARGAKU SELURUHNYA KELUARGA PDRM…. DARAH DAGINGKU MEMBESAR HASIL  JERIH PERIH  AYAH SEORANG POLIS  SATRIA NEGARA
BAGAIMANA BISA AKU MEMBAWA PERASAAN  INI….. PABILA PULANG KE  DESA
ADUH……PERASAAN MARAH… BERULIT BENCI.. PERASAAN SEDIH.. BERSULAM KASIH.. PERASAAN KESAL..DIBALUTI  DENDAM … IA MULA MENERJAH DARI PELBAGAI ARAH
ANGKARA SIAPA  MENCAMBAHKAN BENIH INI…… ANGKARA SIAPAKAH MELONJAK  AMBIEN INI …. DAN  KENAPA MEMPERJUDIKAN GEJOLAK EMOSI MUDA MUDI……
CIS BEDEBAH KAMU YANG MENGELUARKAN  ARAHAN  DURJANA
TERHADAP PESERTA BERSIH TIDAK BERSENJATA
LIHAT SAJA….. KEPADA  MUDA MUDI REMAJA YANG SEGAR BUGAR YANG MASIH MELIHAT DUNIA DENGAN HARAPAN DAN CITA-CITA
TAPI  KAMU… ARAHKAN MEREKA SUPAYA DIGANYANG… DIBELASAH.. DITENDANG.. DIPERHINA SEDEMIKIAN RUPA
TIDAK ADAKAH SEKELUMIT KESAL YANG BERCAMBAH NUN JAUH DI SUDUT  HATI DAN NURANI
SEDANG GAJI-GAJI  KAMU SEMUA…  SEBAHAGIANNYA  DARI POKET MEREKA
DI MANAKAH  KEWARASAN…..  DIMANAKAH  PERTIMBANGAN…..
BAGAIMANA KAMU BISA MEMBERSIHKAN NODA IN I ….. KAPAN TAHUN .…. BERAPA  KOSNYA ….. KERNA DOSA  INI SUDAH TERLEKAT SEBATI DALAM CATATAN SEJARAH
DITONTONI CUCU WARISAN BANGSA DAN SELURUH DUNIA……
SANGAT BESAR  ANGKARANYA…
DI BALIK LIPATAN AYAT SUCI TUHAN DALAM ALQURAN …..
KUTEMUKAN ARAHANNYA….. BERSABAR!  WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN  BERSABARLAH!
CIS BEDEBAH KAMU YANG MENGELUARKAN  ARAHAN  DURJANA
YA ALLAH KAU MENGERTI HATI-HATI INI YANG TELAH DIZALIMI , DIRI-DIRI KAMI YANG DIHINAI.. KAMI MENADAH TANGAN   PASRAH KEPADAMU…
BANTULAH KAMI MENUKAR KERAJAAN YANG TAGHUT INI
BANTULAH KAMI MENGGANTIKAN KEGELAPAN DENGAN CAHAYA
AGAR TIDAK LAGI ADA ARAHAN ZALIM DARI SI DURJANA……

CORETAN
hasbiirabbii  

Monday, January 16, 2012

THE MOON REPRESENT MY HEART

Ahad yang padat 15hbJanuari2012, pada sebelah paginya penulis bersama anak-anak memasang akuarium rumah yang lengkap dengan tiga tingkat penapisnya , lansung selepas itu membasuh karpet rumah serta membaiki tandas bilik anak-anak yang semuanya memerlukan sentuhan repair seorang bapa. Sebelah petangnya pula meluncur kereta laju ke Cangkat Asa Hulu Bernam di mana satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara pasukan jemputan dari PKM DUN Hulu Bernam dan pasukan Cangkat Asa yang cilik tapi menyengat. Perlawanan begitu sengit sehingga ke akhir tapi apa yang pasti adalah satu suasana muhibbah di antara penduduk estet dan pelawat-pelawat yang membawa misi Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Syabas diucapkan kepada JPrU Cangkat Asa di atas aktiviti yang bermanfaat.




Yang ini seperti dalam lagu Teresa Teng The Moon Represent my Heart





Thursday, January 5, 2012

PAK SAMAD DI SG TENGI "BUDAYAWAN BERSAMA RAKYAT"

23hb Disember Ahad yang lalu di Sg Tengi. Para Karyawan, Seniman dan Budayawan membanjiri Dataran Felda Sg Tengi. Walaupun hujan turun tidak henti-henti program anjuran ANAK Kebangsaan ini berjalan mengikut jadual. Bermula dengan sepetang bersama Pak Samad, Dialog Seniman, Deklamasi Sajak, Ghazal dan pelbagai aktiviti seni yang lain. Antara Seniman yang turun selain Pak Samad adalah Dinsman, Termizi Mat Jam, Hj Shukor Haron, Rosni Jentayu dan lain-lain lagi.




Luahan rasa hati dan perasaan yang lahir dari diri yang ikhlas dan suci bakal menusuk hati para pendengar dan mampu melakukan transformasi diri.

Monday, January 2, 2012

Kesibukan... Mencari Masa Tak Kejumpaan

Tagline hasbii rabbii......
Selamat Berhibur dan bertadabbur