KENAPA TIBA-TIBA PERASAANKU TERASA TERAMAT SEDIH BERBAUR
GERAM PADA MEREKA YANG BERUNIFORM BIRU GELAP
YA WALAUPUN BAPAKU SEORANG POLIS MARIN …. HERO NEGARA DI
LAUTAN SAMUDERA
PAMANKU PULA SARJAN GAGAH DALAM FRU
ABANGKU SEORANG PEGAWAI DI CAWANGAN KHAS… ADIKKU PULA
INSPEKTOR DI KONTIJEN KUALA LUMPUR
SEPUPUKU ASP DI BUKIT AMAN SUAMINYA PEGAWAI POLIS ENTAH APA
PANGKATNYA LEBIH TINGGI DARI ISTERINYA
BANGGA MEREKA DINOBATKAN
SEBAGAI PAYUNG-PAYUNG KESELAMATAN NEGARA
ABANG MERTUAKU TRAFIK ….. ANAK-ANAK SAUDARAKU BERPANGKAT SARJAN, KOPRAL DAN KONSTABEL….
KELUARGAKU SELURUHNYA KELUARGA PDRM…. DARAH DAGINGKU MEMBESAR
HASIL JERIH PERIH AYAH SEORANG POLIS SATRIA NEGARA
BAGAIMANA BISA AKU MEMBAWA PERASAAN INI….. PABILA PULANG KE DESA
ADUH……PERASAAN MARAH… BERULIT BENCI.. PERASAAN SEDIH.. BERSULAM
KASIH.. PERASAAN KESAL..DIBALUTI DENDAM …
IA MULA MENERJAH DARI PELBAGAI ARAH
ANGKARA SIAPA MENCAMBAHKAN
BENIH INI…… ANGKARA SIAPAKAH MELONJAK AMBIEN INI …. DAN KENAPA MEMPERJUDIKAN GEJOLAK EMOSI MUDA MUDI……
CIS BEDEBAH KAMU YANG MENGELUARKAN ARAHAN DURJANA
TERHADAP PESERTA BERSIH TIDAK BERSENJATA
LIHAT SAJA….. KEPADA MUDA MUDI REMAJA YANG SEGAR BUGAR YANG MASIH MELIHAT
DUNIA DENGAN HARAPAN DAN CITA-CITA
TAPI KAMU… ARAHKAN MEREKA
SUPAYA DIGANYANG… DIBELASAH.. DITENDANG.. DIPERHINA SEDEMIKIAN RUPA
TIDAK ADAKAH SEKELUMIT KESAL YANG BERCAMBAH NUN JAUH DI
SUDUT HATI DAN NURANI
SEDANG GAJI-GAJI KAMU
SEMUA… SEBAHAGIANNYA DARI POKET MEREKA
DI MANAKAH KEWARASAN…..
DIMANAKAH PERTIMBANGAN…..
BAGAIMANA KAMU BISA MEMBERSIHKAN NODA IN I ….. KAPAN TAHUN .….
BERAPA KOSNYA ….. KERNA DOSA INI SUDAH TERLEKAT SEBATI DALAM CATATAN
SEJARAH
DITONTONI CUCU WARISAN BANGSA DAN SELURUH DUNIA……
SANGAT BESAR ANGKARANYA…
DI BALIK LIPATAN AYAT SUCI TUHAN DALAM ALQURAN …..
KUTEMUKAN ARAHANNYA….. BERSABAR! WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERSABARLAH!
CIS BEDEBAH KAMU YANG MENGELUARKAN ARAHAN DURJANA
YA ALLAH KAU MENGERTI HATI-HATI INI YANG TELAH DIZALIMI , DIRI-DIRI
KAMI YANG DIHINAI.. KAMI MENADAH TANGAN PASRAH KEPADAMU…
BANTULAH KAMI MENUKAR KERAJAAN YANG TAGHUT INI
BANTULAH KAMI MENGGANTIKAN KEGELAPAN DENGAN CAHAYA
AGAR TIDAK LAGI ADA ARAHAN ZALIM DARI SI DURJANA……
CORETAN