Tuesday, November 20, 2012

KURANG DUA HARI SEMINGGU DI KELANTAN

Alhamduliilah bersempena dengan Mu'tamar PAS Kali Ke 58 di PUTIK (Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan) Pengkalan Chepa sekali lagi saya menjejakkan kaki ke Serambi Mekah. 14hb Oktober 2012 Rabu sehingga 18hb Oktober Ahad. Kali ini saya menginap agak jauh dari PUTIK iaitu di Wakaf Che Yeh.

Menjejak kaki di bumi Kelantan ini terasa kelainannya. Terasa diri kita ini disambut mesra oleh penghuninya yang mahukan PAS memerintah di sini dan menjadikan UMNO sebagai pembangkang. Ahlan wa Sahlan wahai pendokong Parti Islam SeMalaysia. Selamat bermu'tamar.

Setiap kali menuju ke PUTIK dari Wakaf Che Yeh memang tak bermasalah kerana papan tanda ke PUTIK cukup banyak dan jelas. Yang menjadi masalah ialah ketika balik dari PUTIK... papan tandanya tak ada. 4 hari kononnya mahu cuba menguasai jalan-jalan di Kota Bharu ini akhirnya tewas... tak semudah yang disangka.

Begitulah hebatnya rangkaian jalanraya di Kota Bharu ini ianya seolah-olah seperti permainan mencari jalan keluar.

Seperkara lagi pada pemerhatian saya adalah bahwa Kota Bharu ini memang sangat-sangat memerlukan flyover kerana terlalu banyak traffic light. Ini sudah pasti akan membantu kelancaran perjalanan khususnya ketika waktu balik kerja.
Kekangan peruntukan tak sepatutnya berlaku di sini kerana Kelantan adalah negeri pengeluar minyak yang sepatutnya menerima Royalti yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat yang jumlahnya kini mencecah 10.21 billion.

Seperkara yang menakjubkan saya adalah Pameran replika pedang dan rumah Nabi s.a.w yang dianjurkan oleh MAIK dari awal Nov sehingga awal Disember 2012 yang mana bayaran masuknya adalah percuma. Yang cukup menghairankan adalah lokasi pameran tersebut. Ianya diadakan di Istana Negeri tempat penginapan beradu Sultan Kelantan.

Rakyat Kelantan berduyun-duyun mengunjungi istana yang menggambarkan betapa hebatnya hati Sultan Kelantan yang ada sekarang ini... yang mana berjiwa besar sanggup merakyatkan istana milik Sultan. Inilah kali pertama dapat melihat keindahan istana Raja. Memang cantik....!
Dalam pameran tersebut menimbulkan rasa cinta pada ulamak-ulamak terdahulu, Islam dan mengingatkan kembali kehidupan Nabi s.a.w kita yang tercinta. Model Sistem Pendidikan Pondok Terkenal Pasir Tumboh juga dipamirkan.