Friday, July 1, 2011

BERITA BAIK UNTUK PENEROKA FELDA DAN GENERASI KEDUA

Lawatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ke Hulu Selangor pada 1hb Julai 2011 Jumaat telah berakhir. Lawatan singkat MB ke Gugusan Felda telah meninggalkan senyuman dan pengharapan kepada peneroka-peneroka Felda dan Generasi Ke 2 di sini khususnya Felda Sg Tengi. Hamba sempat merakamkan ucapan MB yang begitu berhati-hati tetapi menampakkan sikap seorang Pemimpin yang tidak mahu hanya sekadar bercakap omongan kosong dan meninggalkan rakyat dengan janji palsu. MB Khalid bukan pemimpin NATO (No Action Talk Only) tapi beliau LTAB (Less Talk Action Banyak). Ini baru salah seorang pemimpin yang dikeluarkan dari kilang Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sarat dengan pemimpin-pemimpin yang sedia berkorban untuk kepentingan rakyat jelatanya. Masa untuk berubah.


Thursday, June 30, 2011

MENTANG-MENTANGLAH GUDANG DUIT....NO HAL BUAT RUNTUH BUAT RUNTUH

Semasa kereta hamba bergerak meluncuri jalan lebuhraya mini Bukit Tagar.. 3 perkara terlintas di kepala hamba.

Yang pertama bau yang begitu menusuk meliputi persekitaran Tol Bukit Tagar hasil dari tempat pelupusan sampah yang berdekatan. Teringat hamba sessi perbicaraan awam mengenai hendak menjadikan kawasan ini tempat lumba kuda oleh Berjaya Group. Kami membantah dengan menyebut bahwa jika dibuat tempat ini tempat lumba kuda..kuda-kuda akan mati dulu kerana menghirup udara beracun dari tempat pelupusan sampah ini.

Yang kedua isu Kg Bukit Kerandang yang meliputi hampir 1000 ekar yang isu nya semakin reda kerana ditangani oleh Pejabat MB secara bijaksana kerana mendengar rintihan kami..Pakatan Rakyat di sini.

Yang Ketiga adalah sesuatu yang menarik perhatian kami apabila bergerak hampir 1 km dari Tol Bukit Tagar iaitu Bangunan Gudang Duit yang dicadangkan awalnya dibina di kawasan ini. Struktur asasnya dulunya kalau tidak silap ingatan hamba iaitu Kerja-kerja Cerucuk, Pilecap, Tapak telah siap sepenuhnya manakala Sturuktur Bangunan sudah hampir 15% siap Anggaran pebelanjaan kos yang terlibat mencecah sekitar RM40 juta. Tetapi baru-baru ini hamba terperanjat melihat kerja pemusnahan tapak dijalankan.

Beginikah caranya BN mengurus tadbir Wang Rakyat.. tidak ada perancanaan. Duit dihabiskan begitu saja...pembaziran pembaziran.



Monday, June 27, 2011

VIDEO INI MESTI DILIHAT..MESTI!!!!





Maksud Firman Allah di dalam Surah An Nuur:

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat Balasan dari dosa yang dikerjakannya. dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar[1031].

12. mengapa di waktu kamu mendengar berita bohon itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."

13. mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Olah karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi Maka mereka Itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta.

14. Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu.

15. (ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal Dia pada sisi Allah adalah besar.

16. dan mengapa kamu tidak berkata, diwaktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah pantas bagi kita memperkatakan ini, Maha suci Engkau (ya Tuhan kami), ini adalah Dusta yang besar."

17. Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman.

18. dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

19. Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang Amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.