Monday, January 16, 2012

THE MOON REPRESENT MY HEART

Ahad yang padat 15hbJanuari2012, pada sebelah paginya penulis bersama anak-anak memasang akuarium rumah yang lengkap dengan tiga tingkat penapisnya , lansung selepas itu membasuh karpet rumah serta membaiki tandas bilik anak-anak yang semuanya memerlukan sentuhan repair seorang bapa. Sebelah petangnya pula meluncur kereta laju ke Cangkat Asa Hulu Bernam di mana satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara pasukan jemputan dari PKM DUN Hulu Bernam dan pasukan Cangkat Asa yang cilik tapi menyengat. Perlawanan begitu sengit sehingga ke akhir tapi apa yang pasti adalah satu suasana muhibbah di antara penduduk estet dan pelawat-pelawat yang membawa misi Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Syabas diucapkan kepada JPrU Cangkat Asa di atas aktiviti yang bermanfaat.




Yang ini seperti dalam lagu Teresa Teng The Moon Represent my Heart





No comments:

Post a Comment