Subhanallah... terpaksalah saya mencari video klip alternatif menggantikan video tersebut yang dahulunya itulah video yang seringkali di mainkan di setiap acara-acara program PAS.
Sekiranya kita mengamati video di bawah ini, patutlah seluruh ahli PAS itu tadi memberi reaksi yang sedemikian.
Saya cukup sedih peristiwa ini berlaku di saat saya masih hidup yang akan dicatat sejarah selama-lamanya... bagaimana seorang yang naik masyhur dengan platform PAS disanjung sedemikian rupa kemudian beralih mengambil pusingan U menyerang orang-orang yang menyanjungi beliau dahulu tanpa belas kasihan.
Subhanallah sejarah rupa-rupanya berulang kembali dulu Ustaz Nakhaei dan hari ini Dr Hassan Ali. Sunnatullah akan berulang mengikut hukumnya dan kita akan melihat hukumnya ini akan menyerlah satu satu jika DHA tidak berbuat sesuatu terhadap dirinya.
Itu tuduhan dan prasangka beliau dan orang yang paling layak menjawabnya adalah YB Khalid Samad yang bersama dengan beliau sepanjang kepimpinan DHA menerajui PAS Selangor.
Beranikanlah diri mendengarkanlah penjelasannya ini.
Buat rakan-rakan yang sedia rela membukakan hati nubarinya untuk mendengar kebenaran sila hayati penjelasan tambahan yang berikut di bawah ini... jangan takut sila beranikan diri meng'click' pautan ini. Itupun kalau berani..
No comments:
Post a Comment